Di Reddit baru‑baru ini, beberapa lelaki berkongsi pandangan tentang pemilihan seluar dalam ramai sebenarnya memakai sahaja apa yang dibeli oleh pasangan mereka tanpa banyak berfikir. Walaupun lelaki sering teliti dalam banyak perkara, seluar dalam jarang menjadi topik yang diberi perhatian mendalam.
Seluar dalam telah berevolusi dari hanya sekeping kain ringkas di bahagian dalam, yang diikat di pinggang untuk perlindungan, sehingga menjadi satu bentuk penyataan fesyen dan simbol sosial di era Renaissance.

Ketika revolusi perindustrian yang rancak pada abad ke 20, kemajuan dalam teknologi tekstil, pengeluaran massa, dan penemuan bahan baharu memainkan peranan secara langsung dalam evolusi perubahan rekaan seluar dalam lelaki melalui penciptaan getah elastik, kemunculan mesin jahit berkelajuan tinggi,penemuan fabrik sintetik menjadi antara faktor pendorong dalam perubahan rekaan pakaian dalam tersebut menjadi lebih moden,praktikal dan mengikut arus perubahan semasa.

Walaupun lelaki secara umum kurang bereksperimen dalam fesyen berbanding wanita,namun lewat masa ini pilihan seluar dalam lelaki dilihat semakin pelbagai dan bergaya. Banyak jenama mula memperkenalkan rekaan yang lebih moden, berani dan disesuaikan dengan keperibadian pemakai.
Jenis‑jenis Seluar Dalam Lelaki
- Boxer – Ringan, longgar dan sangat selesa, sesuai untuk harian.
- Brief – Memberi sokongan maksimum dan potongan kemas, pilihan ideal untuk aktiviti aktif.
- Boxer Brief – Gabungan kedua-duanya: liputan lebih baik, tetap terletak pada tempatnya.
- Trunks – Versi lebih pendek daripada boxer brief, lebih panjang daripada briefs; praktikal dan bergaya.
- Bikini Cut – Potongan lebih tinggi yang memberi sokongan sambil menampakkan sedikit bahagian paha; tampak moden dan berpersonaliti.
- Jockstrap – Digunakan terutamanya untuk aktiviti lasak dan sukan, memberi sokongan hadapan dengan rekaan minimal di belakang.
- G‑String – Rekaan paling minimal untuk pengudaraan maksimum, sesuai untuk mereka yang mahukan rasa lebih ringan dan bebas.
Seperti baju, kaum lelaki juga seharusnya mempunyai seleksi seluar dalam untuk hari-hari yang istimewa.gaya seluar dalam yang sesuai dengan bentuk badan,selesa dan mengikut cita rasa anda tentu sahaja akan menaikkan rasa keyakinan ketika bersama pasangan,Anda juga boleh mencuba potongan yang lebih menarik atau experimental untuk kelihatan lebih seksi atau memilih warna yang menarik seperti merah yang melambangkan keghairahan atau hitam yang nampak maskulin.

Apa pun pilihan anda seluar dalam yang digunakan haruslah nampak kemas,bersih dan jika sudah terlalu tua eloklah untuk dilepaskan dan digantikan dengan yang baru.jangan menjadi seperti buah yang cantik kulitnya tapi bila dikupas buruk di bahagian isi, Ia tentu akan menjadi satu situasi yang janggal dan memalukan terutama ketika anda bersama pasangan.






