Standard Baharu Lelaki Moden: Kulit Sihat, Bukan Kulit Sempurna

Trend sekarang bukan lagi kulit “flawless” seperti filter media sosial.
Apa yang orang perasan hari ini ialah kulit yang nampak sihat, segar dan terjaga.

Bukan rutin 12 langkah dan bukan produk mahal semata-mata tetapi faham bagaimana kulit sebenarnya berfungsi.

Ramai lelaki fikir muka rasa tegang selepas cuci itu tanda bersih. Sebenarnya tidak.

Lapisan paling luar kulit kita dipanggil skin barrier. Ia terdiri daripada sel dan lipid semula jadi yang berfungsi melindungi kulit daripada bakteria, pencemaran dan kehilangan air. Apabila anda guna sabun badan atau pencuci terlalu kuat, lapisan ini akan terganggu. Hasilnya, kulit boleh jadi berminyak dan kering pada masa yang sama. Permukaan nampak berkilat, tetapi bahagian dalam sebenarnya dehidrasi.

Pencuci muka dengan pH seimbang sekitar 5 hingga 6 membantu membersihkan tanpa merosakkan lapisan perlindungan ini.

Jika selepas mencuci kulit terasa selesa dan bukan tegang, itu petanda baik.

2. Berminyak Tidak Bermaksud Terhidrat

Kulit berminyak masih boleh mengalami dehidrasi. Apabila kulit kekurangan air, ia akan menghasilkan lebih banyak sebum untuk mengimbangi keadaan tersebut. Itulah sebabnya wajah kelihatan semakin berminyak menjelang tengah hari.

Pelembap ringan dengan bahan seperti glycerin atau hyaluronic acid membantu menarik air ke dalam kulit dan mengekalkan keseimbangan. Ia tidak membuatkan wajah lebih berminyak, malah membantu menstabilkan pengeluaran minyak.
Ia tidak membuatkan wajah lebih berminyak, malah membantu menstabilkan pengeluaran minyak.

Kulit yang seimbang kelihatan lebih tenang dan sekata.

3. Kerosakan Matahari Berlaku Secara Senyap
Sehingga 80 peratus tanda penuaan kulit berkait dengan pendedahan kepada sinaran UV.
Bukan tekanan. Bukan genetik. Matahari.

Sinaran ini memecahkan kolagen secara perlahan. Anda mungkin tidak nampak kesannya hari ini, tetapi dalam beberapa tahun, ia akan jelas kelihatan.

Penggunaan SPF 30 dan ke atas pada waktu siang membantu melindungi struktur kulit, bukan sekadar permukaa

Relevance

Recent stories

We are with you! Your journey is not alone.

Find out more about HIV, testing, PrEP, and how to take care of your body and mind through our health information.